200 peratus berubah, ini pula jawapan Iqbal Zulkefli bila ada yang tanya tentang perasaan jadi kaya

Sesi menjawab soalan (Q & A) yang dilakukan pempengaruh media sosial dan penyanyi Iqbal Zulkefli di Instagram Stories miliknya bersama peminat telah menyorot perhatian. Pada sesi tersebut, Iqbal menerima soalan daripada warganet yang bertanyakan adakah seronok menjadi seorang yang kaya dan berduit. “Seronok tak jadi kaya?”. Tertarik untuk menjawab pertanyaan tersebut, Iqbal berkata menjadi kaya tidak semudah yang difikirkan. Menurut pelantun lagu Hujan itu, dia tidak dapat memberikan jawapan yang terperinci kerana seseorang itu perlu melalui sendiri pengalaman tersebut. Bagaimanapun, Iqbal akui agak mencabar.

“Tidak semudah yang kita kira. Dunia jadi lain. Semua 200 peratus berubah. Saya tidak boleh jelaskan kerana apabila melalui sendiri barulah akan mengerti. Sangat mencabar. Tidak semua mampu hadapi dan bertahan. Bersyukurlah jika kalian masih dapat hidup normal.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version