Niat pasangan usahawan yang ingin menambah pendapatan dengan menjual makanan diuji apabila terdapat rambut dalam laksa yang dimasak. Menerusi perkongsian akaun TikTok Prince Syed Fatin Jaeden Haifa, dia memaklumkan yang terdapat gumpalan rambut dalam laksa yang direbusnya. Ujarnya, gumpalan rambut itu tetap ada dalam rebusan kali kedua sehingga dia putus asa untuk meneruskan proses memasak. “Ya Allah, wife menangis jadinya. Takper, bukan rezeki , cuma penat sangat sebab pagi2 dah bangun mekapkan wife. Dah lah tak rehat sebab semalam event seharian, harini cadang niaga laksa sebab ramai nak sangat rindu nak makan laksa kitaorang. Klik sini untuk lihat video.
Pada awalnya dia merasakan mungkin ada kesilapan dari mereka, namun selepas rebusan kedua, masih ada gumpalan rambut panjang di dalam periuk sewaktu laksa ditapis. Menerusi video yang berdurasi lima minit berkenaan, Syed dan isteri akui sangat kecewa dengan apa yang berlaku serta tidak tolak kemungkinan bahawa ia adalah angkara dengki sesetengah pihak. “Maafkan kami, kami tak kuat dah. Kami tinggalkan mee laksa kejap jer sebab mekapkan wife sambil2 tunggu mee laksa siap masak. Alih2 tengok ni jadinya. 2 kali rebus tetap sama. Mimpi ke apa ni. Tqqqq kepada yang buat kami camni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan pernah berdepan perkara sama lebih-lebih lagi jika berniaga makanan. Ada juga yang memberikan petua kepada usahawan tersebut dan turut mendoakan supaya urusan mereka dipermudah kerana ujian yang diberikan oleh Allah ini salah satu cara untuk mereka terus bersabar. Walau bagaimanapun, kesahihan sama ada wujud unsur dengki atau sebagainya tidak dijelaskan secara terperinci oleh pemilik akaun TikTok berkenaan.
Mereka dilihat mengambil pendekataan dengan meneruskan kehiduapan dan menyelesaikan urusan-urusan kerja yang lain agar tidak terbawa dengan perasaan sedih. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.