7 tahun kahwin tapi belum ada rezeki zuriat, akhirnya Marsha Milan capai kata sepakat untuk mencuba rawatan IVF

Penyanyi terkenal Marsha Milan, 37, telah membuat keputusan untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dengan harapan untuk mendapatkan anak pada tahun depan. Penyanyi berusia 37 tahun itu berkata, dia telahpun berbincang dengan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed dan mereka akhirnya mencapai kata sepakat. “Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan. Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.

Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal. Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya.” Tambah Marsha, dia sudah berkahwin selama tujuh tahun namun, masih tiada rezeki untuk menimang cahaya mata. Walaupun begitu, dia sedikit pun tidak berasa tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling malah meminta orang ramai untuk mendoakannya supaya dapat menimang cahaya mata pada satu hari nanti. “Tahun pertama berkahwin memang ada perasaan itu, tapi memasuki tahun kedua dan seterusnya saya okey saja.

Saya minta mereka doakan  dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat.” Sekadar info, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version