Mungkin dalam diam mendoakan, Noorkhiriah minta warganet bersangka baik pada selebriti yang tak tunjukkan sokongan pada Palestin

PELAKON Noorkhiriah meminta masyarakat tidak terus menjatuhkan hukum kepada mana-mana selebriti yang tidak menunjukkan sokongan terhadap Palestin secara terbuka di media sosial. Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Sapie, 45, sebaliknya berkata, golongan ini mungkin mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan solidariti terhadap umat Islam yang dizlm di negara bergolak itu. “Kita janganlah bersangka buruk dengan mereka yang tak berkongsi sokongan terhadap Palestin di media sosial… Mungkin dalam diam atau sujud mereka mendoakan.

“Ada sesetengah individu tidak suka menghebohkan (apa mereka buat), jadi kita kena bersangka baik sahaja. “Cuma satu sahaja yang boleh saya pesan… Kita jangan terlalu banyak cakap takut tersalah cakap,” katanya. Khiriah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Gelak 90 Saat yang diadakan di Astro, Bukit Jalil pada Khamis. Mengulas tentang dakwaan rakan artis yang takut menunjukkan sokongan kerana bimbang hilang tawaran pekerjaan, aktres itu enggan mengulas lanjut kerana takut kenyataannya disalah erti.

Bagaimanapun, Khiriah memberitahu dia percaya kepada rezeki ditetapkan Allah SWT dan tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mahu menunjukkan tanda sokongan terhadap Palestin. “Saya nak cakap lebih-lebih pun tak berani tapi kalau kita yakin rezeki itu Allah yang beri, kongsi sahajalah,” ujarnya. Sebelum ini, pelakon Meerqeen disindir warganet yang mengatakan aktor berkenaan bakal dicampak ke neraka gara-gara tidak berkongsi sebarang sokongan kepada Palestin di media sosial. Dalam perkembangan lain, Khiriah bakal muncul dalam rancangan komedi Gelak 90 Saat yang akan menemui penonton bermula 20 Oktober ini di saluran Astro Warna.

Menurut Khiriah, dia menyertai rancangan itu kerana ingin menyahut cabaran memandangkan bukan mudah membuat orang lain ketawa. “Saya terima untuk sertai rancangan ini kerana saya seorang yang sukakan cabaran. “Bukan senang untuk buat orang ketawa. Pada saya lebih senang untuk buat orang menangis daripada ketawa. “Tetapi saya bertuah kerana gandingan saya adalah Ieda Moin. Bab-bab lawak saya memang serahkan pada dia,” kongsinya. Selain Khiriah program itu turut disertai oleh Ieda Moin, Namie, Eric Fuzi dan ramai lagi.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version