Tetap dengan pendirian nak jual banglo, Shila Amzah dedahkan identiti sebenar Icha

PENYANYI Shila Amzah tetap dengan keputusannya mahu menjual banglo yang ketika ini didiami keluarganya di Hulu Langat, Selangor. Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, berkata, proses itu akan dilakukan selepas isu melibatkan ahli keluarganya yang sedang hangat diperkatakan reda. “Sha (Shila) memang akan kotakan apa yang Sha cakap. “Saya dah ada rancangan yang bagus seperti yang semua tahu. Cuma tunggu masa saja untuk reda,” katanya.

Peserta program Famili Duo musim 3 (FD3) berkongsi perkara itu sebagai menjawab soalan peminat di Instastory pada petang Khamis. Sementara itu, dalam perkongsian yang lain pula Shila menjelaska identiti sebenar seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Icha sering menjadi tanda tanya peminatnya. Jelasnya, Icha tiada kaitan dengan kekasih adiknya iaitu Eiza sebaliknya sepupunya yang dijaga sejak kecil. “Icha ini anak saudara Sha (Shila), anak sepupu Sha dekat kampung. Tapi dari kecil memang rapat dengan keluarga kita orang.

“Bila umur dua tahun kita orang ambil keputusan jaga sebab adik beradik dia ramai… sekolah semua. Memang baik budaknya. Eiza itu tiada kena mengena,” kongsinya. Shila bagaimanapun tidak mengetahui hubungan sebenar adiknya bersama wanita berkenaan namun Eiza sentiasa ada di setiap acara keluarga sejak perpisahan ibu bapanya. Malah penyanyi Patah Seribu ini juga mengakui kurang selesa dengan sikap wanita berkenaan.

Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa. Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka. Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.

Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version