Pempengaruh Syamimia sekali lagi menerima kritikan hebat dalam kalangan peminat selepas kehilangan ribuan pengikut di media sosial. Terbaharu, rata-rata warganet menyifatkan Syamimia atau lebih mesra disapa sebagai Mimi tidak layak digelar sebagai influencer susulan ulasannya berkenaan isu Palestin dianggap lari dari konteks dan melalut. Hasil tinjauan di ruangan komen, sesetengah warganet turut menganggap ulasannya ketika menyebarkan kesedaran berkaitan isu tersebut seperti ‘sarcastic’ dan menghentam semula warganet.
Sebelum ini, pempengaruh itu dianggap enggan menyebarkan kesedaran berkenaan isu Palestin di media sosialnya. Meskipun sudah tampil memberikan penjelasan, bahkan sudah memohon maaf atas ketelanjuran yang berlaku, Mimi tetap menerima hentaman dan kritikan dari warganet. Mimi juga turut kehilangan ribuan followers sejak semalam dari mempunyai 1.1 juta pengikut, kini tinggal 941,600 sahaja. Sejak kebelakangan ini, isu pergelutan di antara bumi Palestin dan Israel semakin menjadi tumpuan umum orang ramai di seluruh dunia.
Bahkan, isu tersebut turut menjadi topik sensitif dalam khalayak ramai kerana purata pemergian rakyat Palestin semakin meningkat hari demi hari sehingga ramai yang mencari jalan untuk menyalurkan bantuan. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.