Warganet beranggapan Shuhada masih belum move on, tak boleh berdiam sekali wakil produk tampil bagi penjelasan

Wakil pihak syarikat, Berryshape tampil memberikan penjelasan susulan isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menerima kecaman disebabkan memuat naik foto bekas suaminya bagi mempromosikan produk kecantikan itu. Berryshape menerusi satu kenyataan di muat naik di akaun Instagram miliknya menjelaskan hantaran yang dilakukan Shuhada di platform media sosial itu adalah seratus peratus daripada pihak mereka. “Saya wakil dari pihak @berryshape_hq ingin menjelaskan berkenaan isu yang telah tular di sosial media mengenai posting @shushukriti yang sedang mempromosikan produk kami dan dikatakan ‘sengaja’ menggunakan gambar lama beliau bersama bekas suami.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf sekiranya ada pihak yg tersinggung dengan posting tersebut. Dalam isu yang telah terjadi, kami bertanggungjawab untuk menjelaskan salah faham ini oleh kerana posting yang telah dimuat naik oleh Shu ialah 100% bahan posting yang disediakan oleh pihak syarikat kami,” maklum wakilnya. Menjelaskan lebih lanjut, pihaknya berkata tujuan asal hantaran tersebut adalah bertujuan untuk membuat perbandingan gambar Shuhada sebelum dan selepas berjaya menurunkan berat badan.

“Sejujurnya tujuan gambar itu digunakan oleh kerana satu ketika dulu, gambar tersebut pernah menjadi perbualan ramai yang mana beliau pernah di ‘body shamming’ oleh kerana size badannya yang agak besar pada ketika itu. Kami tidak menyangka yang mana isu menggunakan gambar tersebut akan menyinggung sensitiviti sesetengah pihak. Oleh kerana gambar bersama bekas suaminya juga telah ditutup pada bahagian muka,” jelasnya.

Dalam pada itu, wakil produk kecantikan itu juga memaklumkan telah menghubungi Hafidz bagi menjelaskan perkara berkenaan. “Pihak HQ juga telah berhubung dengan Hafidz melalui Whatsapp dan menjelaskan apa yang terjadi. Alhamdullilahh semuanya diselesaikan dengan baik. Tuduhan terhadap @shushukriti tidak ‘move on’ sama sekali tidak benar. Sekali lagi, saya sebagai wakil dari @berryshape_hq ingin memohon maaf kepada semua sekiranya posting tersebut memberi pandangan buruk kepada Shu dan akan menjadikan isu ini sebagai pengajaran pada masa akan datang. Insya-Allah,” coretnya.

Sementara itu, Shuhada menerusi hantaran yang dikongsi juga memberitahu dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai duta produk kecantikan itu dengan baik. “Ini ada penjelasan dari pihak syarikat and team @berryshape_ha bahawa content yang di muat naik di mana mana platform media social adalah 100% daripada pihak mereka, saya sebagai ambassador cuba sebaik mungkin menjalankan tugas. Insya-Allah,” tulisnya.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version