Penyanyi, Lufya Omar meraih perhatian ramai selepas tularnya video memaparkan seorang wanita berbangsa Arab yang mempunyai rupa seakan dirinya sedang melangsungkan perkahwinan di media sosial. Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Lufya mendedahkan dirinya banyak menerima hantaran mesej (DM) daripada orang ramai bertanyakan mengenai ‘perkahwinan’ baharunya itu. Penyanyi berusia 38 tahun itu bagaimanapun menafikan sangkaan orang ramai dengan mengatakan wajah wanita di dalam video yang tular itu hanyalah sekadar pelanduk dua serupa. Klik sini untuk lihat video.
“Pelanduk dua serupa barangkali, ramai pula yang DM tanya suami baharu Arab saya.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju wajah wanita di dalam video yang tular itu mirip sekali dengan raut wajah Lufya. Malah, rakan artis yang lain turut berseloroh dengan menitipkan ucapan tahniah atas ‘perkahwinan’ baharu penyanyi itu. Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 17 Jun 2020. Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Laana Haura yang berusia lima tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.