Isteri pelawak Shuib, Watie Hanifiah tampil mencetuskan dakwaan dalam kalangan warganet bahawa dirinya kini sedang berbadan dua selepas berkongsi momen di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Perkara itu telah dikongsikan oleh Watie menerusi sebuah hantaran video di Instagram, tadi. “Semoga yang baik-baik saja untuk family kita @shuibsepahtu,” tulisnya. Lebih menarik lagi, ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani turut tinggalkan komen kepada menantunya itu untuk memberitahunya ‘keputusan’ selepas pulang dari hospital. ”Nanti resultnya update mama ya Enja,” komennya. Klik sini untuk lihat video.
Menyedari perkara itu, rata-rata pengikut isteri pelawak itu telah meninggalkan komen berbaur doa di ruangan tersebut. Terdahulu, Watie memaklumkan dirinya tidak merancang untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana mahu memberikan perhatian sepenuhnya membesarkan anak tirinya. Shuib dan Watie telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011. Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.