Nampak tak rapat dengan Ira Kazar, Yusof Haslam ambil pendekatan tak mahu berikan sebarang komen

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila segelintir wargamaya mendakwa pelakon, Puteri Sarah Liyana menjadi punca mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail tidak rapat dengan isteri kepada bekas suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar. Memetik laporan Harian Metro, Yusof mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai dakwaan yang dilemparkan warganet tersebut. Dakwaan tersebut mula timbul selepas Puteri Sarah dan Yusof dilihat bersama-sama menjadi tetamu undangan bagi program Sepahtu Reunion Live beberapa minggu yang lalu.

Keakraban yang ditunjukkan mereka menyebabkan ada pihak yang ‘sakit mata’ sehinggakan ada yang meminta agar Puteri Sarah menjauhkan diri daripada bapa mentuanya itu kerana bersimpati dengan Ira Kazar. Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah disahkan berpisah pada 14 Jun yang lalu selepas sekian lama berdepan dengan kemelut rumah tangga yang berpanjangan. Perpisahan itu dicapai selepas Syamsul mengaku sudah berkahwin Ira atau nama sebenarnya Faghirah Kazaruddin di Thailand pada 5 Januari lalu. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version