GELAGAT Muhammad Raizal Azrai atau Azal ketika diusik ibunya tentang hubungannya dengan seorang wanita asal Indonesia dikenali sebagai Rahmah jadi perhatian warganet. Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Zarina Zainuddin, 53, bertanya kepada Azal tentang kelakuannya yang kurang mesra dengan bakal isterinya itu. “Kenapa awak tak romantik dengan Rahmah? Cakap-cakap saja pun tak boleh? Dah kahwin nanti Azal nak buat apa?” soalnya kepada Azal. Menjawab perkara itu, Azal yang dilahirkan dengan masalah autisme memberitahu dia menjaga batas dengan Rahmah memandangkan mereka masih belum bergelar suami isteri. Klik sini untuk lihat video.
Malah Azal juga memberitahu jika dia bermesra dengan Rahmah ia boleh mendatangkan dosa kepada dirinya. “Sebab belum kahwin… Nak kena berdosa (dapat dosa) ke ibu?,” katanya. Menurut Azal, 27, selepas mendirikan rumah tangga nanti barulah dia berani untuk memegang bahu dan perut Rahmah seperti pasangan suami isteri yang lain. Dalam pada itu, Azal juga meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga tahun hadapan namun masih belum ada tarikh yang sesuai. “Pegang perut dan bahu… tak kahwin tak boleh,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Azal yang dikatakan lebih memahami ilmu agama. Mereka juga menganggap kenyataan Azal merupakan satu tamparan buat mereka yang tidak menjaga batas semasa bercinta. “Ibu jangan suruh Azal berdosa tau… Anak syurga itu jawapan dia padu. Siapa belum kahwin kena contohi Azal. Dia lebih faham agama,” antara komen warganet. Sebelum ini, Zarina mendedahkan Azal dan Rahmah pertama kali bertemu ketika sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura namun hanya mula rapat sejak bulan lalu.
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram miliknya, Zarina turut berharap agar Rahmah dapat membahagiakan anak lelakinya itu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.