LIMA busana yang digayakan Aina Abdul menerusi konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu mendedahkan kesemuanya berjumlah RM400,000. Selain gaun berwarna biru yang mengeluarkan asap, busana keempat rekaan Ezuwan Ismail berkonsepkan ‘Queen of Gold‘ turut menjadi perhatian yang berharga RM120,000. Ezuwan berkata, gaun seberat 40 kilogram itu memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan dan diperbuat daripada fabrik emas yang hanya boleh dibeli di luar negara.
“Fabrik emas ni memang tak dijual di sini (Malaysia). Nak tak nak, kena beli dekat luar negara termasuklah batu-batu yang memenuhi busana tersebut. Antara batu perhiasan yang digunakan ialah mutiara, berlian serta dihiasi manik dan labuci. Selepas ia siap, berat keseluruhan kostum tersebut dianggarkan mencecah sehingga 40 kilogram termasuk cape,” katanya. Menurut Ezuwan lagi, pakaian itu dijahit sendiri menggunakan tangan dan seluruh permukaan fabrik dipenuhi batu-batu hiasan.
“Baju ini adalah jahitan tangan sepenuhnya seperti mana diminta oleh Aina sendiri. Ini bagi memastikan kualiti jahitan terjamin,” tambahnya. Ezuwan yang turut menyaksikan persembahan Aina semasa konsert menzahirkan kepuasannya saat melihat penyanyi popular itu muncul di pentas bersama busana rekaannya. “Satu kepuasan apabila pakaian yang dihasilkan selama dua minggu ini dilihat gah dipakai oleh Aina. Saya anggap ini satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Aina dalam konsert meganya,” ujar Ezuwan. Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, sebelum ini mendedahkan selain busana, dia turut menggunakan tiga mikrofon sendiri yang berharga RM120,000.
Untuk rekod, Aina ketika A Night With Aina Abdul 3.0 pada Sabtu lalu berlangsung selama tiga jam dengan menyampaikan sebanyak 34 buah lagu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.