Ramai yang minta konsert Coldplay dibatalkan, tapi ini pula pendapat Datuk Ramli Ms

Isu desakan pembatalan konsert Coldplay Music Of Sphere yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil, pada Rabu ini terus menjadi perdebatan banyak pihak. Malah, isu itu turut menyorot perhatian Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS. Ketika ditemui, Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram berkata banyak perkara dan elemen yang diperlu dinilai semula sekiranya konsert band dari British itu mahu dibatalkan. Jelas Tok Ram, setiap elemen yang terlibat mempunyai timbang tara atau plus minus yang berbeza.

“Untuk batalkan konsert itu perlu dilihat daripada banyak sudut, dari segi apakah yang dinilai? Akan ada banyak perkara yang terlibat. Kalau semua sudut itu dicampur, akan jadi kucar kacir. Sebab setiap sudut ada kepentingannya. Sekarang ini bercakap untuk batal melihat dari isu yang mana? Agama, tingkah laku, perniagaan, ekonomi atau sebagainya? Ada banyak, apa sahaja. Saya tak mahu jawab isu ini kerana banyak elemen yang terlibat dan dinilai. Semua elemen itu ada ‘plus minus’.”

Tok Ram berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad. Dalam masa sama, Tok Ram berpendapat, warganet yang meminta konsert itu dibatalkan kebanyakkan datang dari kalangan mereka yang tidak membeli tiket. “Kalau cakap fasal ekonomi perlu selidik dari penjual tiket, orang yang dah keluar duit, hotel, tiket kapal terbang, it’s all about money. Sebenarnya yang suruh batalkan orang yang tak beli tiket.

Orang yang dah beli mereka involve banyak perkara, penaja, band, stadium dan lain-lain, berkait rapat.” Terdahulu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah turut menasihatkan supaya konsert Coldplay tidak diteruskan kerana disifat melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada masyarakat di Malaysia. Sementara itu, Ketua Pemuda Ulama Malaysia (PUM), Dr Muhammad Alihanafiah Norasid turut menggesa membatalkan konsert itu kerana disifatkan berbaur hedonisme dan jelas melalaikan serta jauh daripada norma serta tatasusila tempatan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version