Kecoh pasal mulut Ameena kena tekup, Fizi Ali akui anak tiri sampai trauma nak pergi sekolah

PENYAMPAI radio Fizi Ali tidak pernah menyangka pernikahan kali keduanya pada 23 Oktober lalu bertukar kecoh sehingga menimbulkan pelbagai isu. Disebabkan itu juga, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 34, mengambil langkah berdiam diri daripada mengulas mengenai perkara itu agar tidak timbul salah faham mana-mana pihak. Malah kata penyampai radio Hot FM itu, dia turut sepakat dengan isterinya iaitu Siti Zulaikha, 30, untuk tidak bercakap mengenai pernikahan mereka sebelum ini.

“Saya takut kalau beri sebarang kenyataan akan keruhkan lagi keadaan sebab itu saya ambil langkah berdiam diri. Isu pernikahan saya heboh diperkatakan, jadi sekarang adalah tempoh untuk tenangkan keluarga. Sebelum kahwin pun kami sudah berbincang perkahwinan ini melibatkan keluarga sahaja dan memang tidak memaklumkan kepada sesiapa,” katanya. Fizi mengulas mengenai ramai meluahkan rasa terkejut apabila dia tiba-tiba mengumumkan sudah bernikah dengan Zulaikha.

Ini termasuk bekas isterinya iaitu aktres Shakilla Khoriri yang memaklumkan tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sehingga menerima pelbagai pertanyaan pelbagai pihak. Selain isu itu, foto gambar anak tirinya iaitu Damia, 11, dilihat menekup mulut anaknya Ameena Sofea, 4, turut menjadi perbualan hangat termasuk kemarahan Shakilla. Bercakap tentang perkara itu, Fizi memaklumkan Damia melalui fasa trauma apabila rakan-rakan di sekolah turut bercakap tentang tindakan spontannya itu.

“Damia takut nak ke sekolah sebab ramai kawan-kawan dia hantar gambar berkenaan. Rakan-rakan sekolah tuduh dia pembli. “Melihat keadaannya itu saya dan isteri cuba tenangkan Damia dan beritahu dia tidak bersalah. Gambar itu hanyalah salah faham dan ia bukan seperti yang digambarkan,” ujarnnya. Sementara itu, Fizi juga enggan mengulas lanjut komen Shakilla yang juga mempersoalkan isu gambar itu. “Saya pernah katakan sebelum ini, apa sahaja yang dia ingin katakan adalah hal dia. Saya dengan hal saya. Saya pun tak beritahu dia untuk berkahwin semula kerana perbincangan hanya dilakukan dalam kalangan keluarga,” jelasnya.

Untuk rekod Fizi dan Shakilla berpisah pada pada Disember 2021 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version