Dua tiga hari ini, kecoh diperkatakan mengenai status perkahwinan pengarah terkemuka, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar yang dikatakan sudah berpisah. Perkara ini masih belum disahkan mana-mana pihak dan rakan baik Ira Kazar, Nur Nilam Ortiz semalam telah tampil mendedahkan hal yang sebenar. Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam, 45, berkata, dia agak terkejut apabila mendapat tahu gosip berkenaan pasangan itu kerana mereka dilihat masih bahagia dalam melayari alam rumah tangga. Dia juga katanya telah menghubungi Ira bagi mendapatkan kepastian dan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu telah menolak dakwaan yang sedang hangat diperkatakan itu.
“Dia jarang bercakap mengenai isu hal rumah tangga ini dengan saya, lebih banyak bercerita dengan Azlan, disebabkan ramai sangat bertanya jadi saya minta suami tanyakan. Memang tiada isu pisah, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian… dia cakap tiada pun isu berpisah ini,” katanya. Tambah Nur Nilam, Syamsul dan Ira juga pernah datang ke rumahnya bersama dan pasangan itu dilihat bahagia cuma tidak memaparkan kebahagiaan itu di media sosial. “Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya la dan dia keluar ke tempat lain.
Saya lihat mereka Alhamdulilah bahagia, cuma mereka tak post di media sosial… ya la sebab kena kritik kan siapa je nak post,” katanya. Terdahulu, Nur Nilam juga pernah dikritik dan menerima ugutan daripada warganet selepas bersiaran langsung dengan Ira di media sosial sebelum ini. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.