Teruk kena kritik sebab menyanyi sumbang, tapi ramai pula yang srang anak Sharifah Zarina

Anak kepada penyanyi Sharifah Zarina iaitu Athalia Deena Baswani menyelar tindakan segelintir warganet yang bertindak menyerangnya dengan kritikan yang melampau gara-gara ibunya didakwa menyanyi sumbang. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Athalia yang juga merupakan personaliti media sosial mendedahkan bahawa dia dihujani dengan kecaman daripada warganet malah ada yang bertindak mengungkit kembali kontroversi yang pernah tercetus dahulu. “Saya terkejut juga orang tag saya dekat TikTok, apa yang saya tak faham manusia yang tag itu ‘body shaming’ dan nak buka balik cerita kritikan yang dulu. Klik sini untuk lihat video.

Benda tak ada kaitan dengan aku korang libatkan aku. Cakap itu ini macam korang kenal sangat aku, kenal sangat famili aku ” Bagaimanapun, Athalia tetap berasa bangga dengan ibunya yang berani untuk muncul kembali di atas pentas setelah sekian lama menyepi dari industri seni. “Saya tahu usaha ibu saya untuk rancangan tersebut dan saya sangat bangga dengan dia. Mama dah lama senyap dalam industri disebabkan anak-anak.

Tapi saya sebagai anak Mama saya bangga dia ada keberanian untuk keluar buat persembahan depan orang ramai.. dengan pentas besarnya lagi setelah sekian lama. Saya yang selalu buat persembahan pun saya masih rasa takut ketika di atas pentas dan gementar. Dalam masa yang sama, gadis ini sempat tinggalkan nasihat kepada warganet supaya menjaga adab dan budi bahasa ketika meninggalkan komen. “Warganet yang nak kritik tu tolonglah jangan tag saya, jangan ‘body shaming’, atau cakap benda-benda negatif dan jangan berlebihan.”

Terdahulu, Sharifah Zarina hebat dikritik warganet ketika mempersembahkan lagu popular dari Indonesia yang berjudul Dawai. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version