Ramai yang beri sumbangan untuk kos pasang bateri jantung RM38k, Ebby Yus akui akan cuba usaha kumpul sendiri tanpa bantuan

Pada Februari lalu, pelakon dan pelawak Ebby Yus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, HKL selama beberapa hari kerana masalah jantung dan buah pinggang rosak. Memetik sebuah laporan, kekuatan jantungnya hanya tinggal 27 peratus berdasarkan keputusan pemeriksaan kesihatan terakhir beberapa bulan lalu. Susulan kemerosotan keadaan kesihatan Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, doktor menyarankan untuk memasang bateri pada jantung.

Katanya, kos memasang bateri jantungnya itu berjumlah RM38,000 dan perlu mengumpulkan sejumlah wang tersebut dengan apa cara sekalipun. Berhubung perkongsian itu, Ebby mendedahkan menerima banyak panggilan telefon yang ingin menghulurkan bantuan kepadanya. Menerusi laman TikTok rasminya, Ebby, berkata dia tidak memohon bantuan dana daripada orang ramai malah akan mencuba untuk berusaha sendiri mencari wang buat jantungnya yang semakin lemah.

Ebby menjelaskan perkara tersebut kerana terdapat sesetengah pihak mahu membantunya namun pada masa kini dia yakin akan dapat mengumpulnya sendiri tanpa bantuan. “Saya dapat bantuan daripada pihak hospital, cuma saya kena sediakan sedikit (wang) kerana pihak berkenaan tidak menyediakan sepenuh bantuan. Untuk pengetahuan, Insya-Allah saya akan dapatkan yang sedikit (wang) itu. Sebab ramai yang hubungi saya mahu bantu, saya amat bersyukur dan berterima kasih cuma setakat ini, saya Insya-Allah (mampu),” jelasnya.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan dan sedar dengan keadaannya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version