Aina Abdul berhabis duit RM400k untuk baju, Azhar Sulaiman tampil persoalkan pasal perbelanjaan tersebut

Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman mempersoalkan sama ada industri hiburan terutamanya golongan penyanyi pada masa kini berjaya menghasilkan pendapatan yang banyak. Menerusi perkongsian di Instagram (IG) Azhar memuat naik tangkapan skrin portal melaporkan berita mengenai penyanyi, Aina Abdul berhabis RM400,000 untuk busana ketika di konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA) 3.0. Di ruangan kapsyen, Azhar bertanya mengenai pembayaran bagi perbelanjaan tersebut sama ada diuruskan oleh syarikat rakaman.

“I wonder… Who paid for all this, recording company? Zaman sekarang most Singers are making serious money ke?,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Aina menjawab persoalan Azhar itu mengatakan penyanyi kegemaran mereka itu adalah seorang penyanyi yang bernauang di bawah syarikat sendiri (independent artist). Berdasarkan pemerhatian, Azhar telahpun memadam hantaran tersebut di IG miliknya.

Sebelum ini, nama Azhar hangat menjadi sebutan di media sosial apabila lantang bersuara mengenai cara kepimpinan tentera Hamas dalam membendung peperangan antara rakyat Palestin dan zionis. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version