Pelakon Mawar Rashid enggan mengulas mengenai mahligai perkahwinannya dengan suami, Raf Yaakob yang didakwa bakal berakhir. Ketika dihubungi Mawar, 28, tidak menjawab ketika diajukan soalan mengenai laporan media yang mendakwa bakal berpisah hari ini. Kemudian, pemilik nama Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memilih untuk memadamkan telefon begitu saja. Sebelum ini, Mawar mengejutkan ramai pihak apabila memilih untuk ‘free hair’ selepas tiga tahun istiqamah berhijab.
Hasil semakan, Mawar juga dilihat tidak lagi mengikuti Raf di Instagram malah sudah memadam gambar mereka bersama. Hari ini, Harian Metro melaporkan Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, didakwa bakal berpisah. Menurut laporan, pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini. Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.