Disebabkan lantang bersuara pasal isu Palestin, Bella Hadid dipecat Dior dan gantikan dengan model Israel

GARA-GARA sering membuat hantaran mengenai keganasan tentera rejm Zionis terhadap rakyat Palestin di media sosial, model terkenal Bella Hadid telah dipecat oleh syarikat kosmetik antarabangsa iaitu Dior daripada menjadi dutanya. Syarikat berkenaan turut bertindak mengantikan Bella dengan model dari negara Israel iaitu May Tager kerana kurang senang melihat hantarannya di media sosial yang menyokong Palestin. Ekoran daripada pemecatan itu, pelbagai komen diterima dalam kalangan warganet.

Bella atau Isabella Khair Hadid, bagaimanapun memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut berhubung perkara itu. Sebelum ini Bella mendedahkan dia menerima mesej ugutan dan nombor telefon peribadinya juga telah tersebar dan mengakibatkan dia sering diganggu malah kehidupan keluarganya juga turut terancam saat ini. “Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari, nombor telefon saya juga dibocorkan, dan keluarga saya juga rasa dalam bahaya. Tapi saya tidak boleh diam lagi. ketakutan bukanlah suatu pilihan.

“Rakyat dan anak-anak Palestin, khususnya di Gaza, tidak boleh membiarkan kami diam, kami tidak berani jadi mereka berani,” tulis Bella. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version