Video Dini Schatzmann jadi perhatian warganet, ramai yang puji sebab dia buat kerja rumah

Suami kepada pelakon dan pengacara, Janna Nick iaitu Dini Schatzmann meraih tumpuan ramai selepas videonya membuat kerja rumah dimuat naik di TikTok. Menerusi dua video dikongsi di akaun Janna, Dini yang juga aktor dilihat sedang melakukan beberapa kerja rumah seperti mengemop lantai dan menvakum habuk di kediaman mereka. “Puji lagi, nanti takut dia kata kita tak nampak dia buat kerja,” katanya. Menerusi kapsyen, pelakon berusia 28 tahun itu memuji tindakan suaminya dengan menyifatkan Dini perlu dipuji kerana mengakui dirinya dalam keadaan malas. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji Dini atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann kerana bukan sahaja kacak namun rajin melakukan kerja rumah. Malah, segelintir warganet turut melabel Dini sebagai seorang suami yang ‘limited edition’ atau terhad sekali gus tidak mudah untuk mencari lelaki ringan tulang sepertinya.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji dekorasi kediaman pasangan itu kerana nampak minimalis sekali gus kelihatan kemas dan tidak serabut. Sekadar info, Janna dan Dini telah mendirikan rumah tangga di sebuah resort mewah di Pantai Chenang Langkawi pada 10 Jun lalu. Terdahulu, Janna terpalit dengan kontroversi berhubung drama terbaharu Surat Dari Tuhan disebabkan skrip yang kurang enak didengar membabitkan lokasi di Tanah Suci Mekah.

Namun begitu, dia tetap tenang dengan kecaman orang ramai dan telah pun memohon maaf kepada pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun selepas mendapat teguran. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version