Kecoh pasal isu peminat rebut gelaran penyanyi nombor 1, ini pula respon dari Aubrey Suwito

Maestro muzik tersohor, Aubrey Suwito tampil memberi respons berhubung perebutan takhta ‘penyanyi nombor satu’ dalam kalangan peminat selebriti tanah air. Menerusi perkongsian di aplikasi X, pengarah muzik dan penerbit ini tidak bersetuju apabila ada segelintir peminat bergantung kepada kedudukan seorang penyanyi kegemaran mereka dalam industri muzik. Beliau mempersoalkan mengapa segelintir peminat terlalu taksub kepada gelaran penyanyi nombor satu. Malah, beliau juga berpendapat bahawa muzik bukan seperti sukan dan isu politik.

“Kenapalah kita obses sangat about who is number 1? Who cares? It is music. Not sport, not politic. Winner does not take all. Bila saya suka lagu atau artis, nombor 99 pun okay saja sebab saya enjoy,” katanya. Sementara itu, Aubrey yang banyak mencipta lagu-lagu dalam kalangan penyanyi terkenal negara seperti Salamiah Hassan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri dan ramai lagi turut berkongsi petikan ayat daripada video temu bual portal hiburan bersama penyanyi, Misha Omar.

Video tersebut memaparkan pelantun lagu popular Sampai Bila itu mengulas mengenai isu segelintir peminat Aina Abdul berbalah mahu merebut takhta ‘penyanyi nombor satu’ yakni dipegang oleh Siti Nurhaliza. “Kalau kerja bagus, nak letak nombor apa pun kita tak peduli,” tulis Aubrey. Sebelum ini, video temu bual Siti Nurhaliza bersama media Singapura tular di aplikasi TikTok mengakui tidak pernah meletakkan dirinya di tangga pertama, malah lebih mementingkan kebahagiaan dan kepuasan peminat.

Susulan itu, penyanyi Aina Abdul juga mengakui malu apabila ada segelintir peminatnya mahu merebut gelaran tersebut daripada idolanya sendiri. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version