Pelakon Fathia Latiff semakin gembira dengan kerjayanya sebagai pentadbir undang-undang di sebuah firma guaman. Memetik laporan Harian Metro, Fathia turut menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian untuk menjadi peguam. “Alhamdulillah walaupun jauh dari dunia glamor, tapi saya sangat meminati kerjaya dalam perundangan. Insya-Allah saya berhasrat untuk menyambung pengajian dan bercita-cita untuk bergelar peguam satu hari nanti,” katanya. Mengulas tentang kerjaya seni yang agak perlahan, pelakon drama Ariana Rose ini tidak menolak sekiranya dapat tawaran yang menarik.
“Kalau ikutkan memanglah teringin hendak berlakon, tapi buat masa ini tiada lagi tawaran. Kali terakhir saya berlakon adalah untuk telefilem pada bulan Mei lalu. Tahun ini saya hanya dapat dua tawaran saja, satu lagi pada bulan Mac,” kongsinya. Kredit: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.