Tahun lalu bayar cukai dengan harga 5 buah kereta axia, Iqbal Zulkefli akui tak takut jika dikejar LHDN sebab dedah perlukan RM50k sebulan untuk tampung kos kehidupan

USAHAWAN Ahmad Iqbal Zulkefli tidak takut jika dikejar pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) susulan kenyataannya memerlukan RM50,000 sebulan bagi menampung kos kehidupannya. Iqbal, 29, sebaliknya berkata, sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dia membayar cukai pendapatan tanpa culas. Malah tahun lalu dia membayar cukai pendapatan yang bersamaan dengan harga lima buah kereta jenis Perodua Axia.

“Bermula tahun 2018 saya dah bayar cukai, jadi saya akur dengan perkara yang telah dipertanggungjawabkan pada saya. Tak banyak sangat tapi kali terakhir saya bayar, bolehlah beli lima buah kereta Perodua Axia,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version