Ramai yang terhibur bila tular gambar lama Aliff Satar, sekali ini respon tuan badan

Setiap individu pasti ada masa silam yang ‘memalukan’, perkara ini bila diingat semula pasti kita akan ketawa kecil. Ia boleh jadi perbuatan nakal kita satu ketika dahulu atau fesyen yang tidak kena gaya, terutamanya ketika zaman remaja. Para hijabis mesti pernah pakai shawl ‘fluffy’ dengan rantai burung hantu, betul tak?  Terbaru, selebriti serba boleh Alif Satar berkongsi tangkap layar sebuah tweet yang memaparkan gambarnya ketika menjadi salah seorang peserta dalam rancangan One In A Million pada tahun 2006.

Dalam posting tersebut, tweet yang dimuat naik oleh @meinmokthar itu menyatakan semua orang masih ada harapan untuk glow up dengan membuat perbandingan perbezaan Alif Satar dahulu dan kini. “Sampai hati korang gelak kat aku. P/S: Puberty hit me HARD,” tulis Alif secara ringkas. Siapa gelak dosa!” Perkongsian pelantun lagu Anugerah Terindah itu membuatkan ramai warganet terhibur termasuklah rakan-rakan artis.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version