BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi dikritik warganet sebagai seorang wanita gila glamour sehingga tergamak mengabaikan kebajikan kedua anaknya yang masih kecil. Tampil membela diri, Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menjelaskan dia sibuk bekerja adalah semata-mata untuk menyara keluarga dan bukannya mencari populariti. “Dah kalau tak sibuk cari duit, kau nak kasi duit ke? Ada batas nak kena jaga? Sekali lagi jangan jolok sarang tebuah, sendiri menyesal nanti,” katanya menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Khamis.
Sebelum itu, Shuhada turut berkongsi paparan skrin seorang individu yang mempersoalkan tindakan dia meletakkan ibunya sebagai penjaga kedua menerusi tuntutan hak penjagaan dua anaknya yang difailkan Hafidz. Individu itu berpendapat Hafidz, 29, lebih layak mendapat hak penjagaan terhadap Humairah, 6 dan Umar, 3 tahun berbanding Shuhada. Shuhada dituduh tiada masa menjaga kedua-dua anaknya disebabkan sibuk mengejar kehidupan glamour. Individu sama turut melabel Shuhada sebagai toksik kerana sering dilihat membuat hantaran ‘merentan’ di media sosial.
Dalam pada itu, Shuhada turut memberi amaran supaya individu tersebut tidak lagi melontarkan komen negatif agar tidak dikenakan tindakan undang-undang. Kata Shuhada, dia bukan lagi seorang wanita yang boleh diperbodohkan sebaliknya akan tampil mempertahankan diri jika ada pihak mencari fasal dengannya. “Saya bukan Shuhada yang dulu, yang bdh. Sekarang, kau cari fasal, kau menjawab!,” tegasnya.
Hafidz sebelum ini memfailkan dua hadanah iaitu penuh dan sementara terhadap dua anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor. Bagaimanapun, proses tuntutan hadanah itu masih belum selesai dan kes ditangguh pada 23 Januari 2024 kerana Hafidz ingin meneliti terlebih dahulu permohonan Shuhada untuk meletakkan ibunya sebagai pihak kedua. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan berpisah pada 22 Februari lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.