Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai isu suami tak setia dan berkahwin dua sekaligus menimbulkan kemarahan para wanita di media sosial. Menerusi perkongsian di TikTok, pelakon Janna Nick turut terkesan dengan isu berkenaan. Namun, Janna memilih tidak mengulas mengenai perkara itu kerana tidak mahu masuk campur hal rumah tangga orang lain. “Tadi masa balik Famili Duo okay lah. Lepas tu, masa dalam perjalanan balik tu saya tengok kat TikTok ada berita yang buat saya emosi. Sebagai isteri, saya rasa emosi.
“Tapi, after all it’s people’s life. Kita tak tahu apa yang berlaku. Saya taknak masuk campur dalam hal rumah tangga orang sebab kita tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Saya rasa semua perempuan akan terasalah dengan situasi ni bila ada perempuan lain yang kena tipu dengan suami, semua orang akan terasa. Kalau sebelum kahwin tak kisah, tapi lepas kahwin macam memang terkesan,” katanya. Sementara itu, Janna sempat memberikan amaran kepada suaminya, Dini Schatzmann. Janna turut meminta suaminya tidak berlaku tak setia di belakangnya sebaliknya mengaku kepadanya.
“Saya bagi tahu awak sekarang, andai kata suatu hari nanti awak dah tak ada perasaan dekat saya, awak tak suka saya dah, awak dah tak sayang saya dah, jangan buat hal belakang saya. Itu isu yang saya tak boleh terima. Kalau benda tu berlaku kat awak jangan curang di belakang saya. Have some balls and come face me. Kalau berani curang, beranilah ada telur datang tunjuk dan mengaku,” katanya.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.