Abang Tesla tampil nasihatkan golongan isteri supaya lebih berhati hati dengan tingkah laku suami

PERSONALITI media sosial Abang Tesla menasihatkan golongan isteri agar lebih berhati-hati dengan tingkah laku suami mereka terutamanya yang mempamerkan sikap baik di hadapan mereka. Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry berkata, ramai dalam kalangan rakan-rakannya yang kelihatan baik tetapi ada orang lain meskipun sudah berkahwin. “Untuk isteri di luar sana jangan rasa suami itu baik depan anda tapi kononnya tiada yang lain. Ramai kawan-kawan saya macam itu. Para isteri perlu berhati-hati, pergi tengok telefon pasangan anda, tengok lokasi dia dekat mana, buat panggilan video kalau rasa tak percaya, lebih-lebih lagi yang selalu out station,” katanya.

Khal berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya. Tidak hanya golongan wanita, Khal turut meminta lelaki yang memilih mengamalkan poligami agar tidak merasakan diri paling hebat apabila mampu berkahwin dua. Sebaliknya katanya, mereka harus sedar ia adalah berat dan perlu melaksanakan tanggungjawab sebaiknya. “Untuk lelaki pula jangan rasa terpaling baik, terpaling bagus, istiqamah sama-sama. Laksanakan tanggungjawab dengan baik, jangan salahkan orang lain,” ujarnya.

Mengulas mengenai kontroversi melibatkan Alif Teega, Khal meminta orang ramai berhenti mengkritik personaliti media sosial itu sebaliknya mendoakan mereka. Khal berkata, apa dilalui Alif ketika ini sama dengannya termasuk mendapat kritikan hebat daripada warganet yang langsung tidak mengetahui perkara sebenar di sebalik. “Warganet seolah-olah sudah cukup sempurna, tiada dosa. Macam kebahagiaan rumah tangga warganet yang bercakap itu sangat sempurna.

Minta doa yang baik-baik untuk Alif dan Aisyah, kita semua tidak tahu perkara begini (poligami) bila-bila masa sahaja boleh berlaku,” katanya. Ahad lalu, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan itu dibuat bagi mengelak timbul fitnah. Isteri pertamanya, Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 28, pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu.

Sekitar Ogos lalu, Khal juga pernah menerima kritikan teruk apabila dia berkahwin dua dan mendapat restu isteri pertamanya iaitu Nurmajdina. Isu itu bagaimanapun menjadi perdebatan hangat apabila Khal mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version