Muat naik video sebelum dan selepas bersiap, sekali ada yang komen konten Anis Sofea macam rempit

Sejak April lalu, nama isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan apabila membuat keputusan tidak lagi berhijab sehingga dikritik teruk oleh warganet. Malah, apa saja perkongsiannya pasti akan dikritik oleh warganet serta ada segelintir warganet menegurnya untuk kembali berhijab serta menutup aurat. Baru-baru ini, Anis dilihat ada memuat naik video transition sebelum bersiap dan selepas bersiap. Klik sini untuk lihat video.

Apa yang menjadi perhatian, komen seorang warganet yang memberikan pendapat agar Anis membuat kontent level international serta berpendapat konten dibuat Anis itu agak rempit. Wanita itu turut memberi pendapat supaya Anis belajar bahasa Inggeris atau menyambung pengajian. Katanya lagi, Anis memiliki rupa paras yang cantik namun perlu pandai memilih konten yang ingin dikongsikan. Komen individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang yang turut bersetuju. Malah, ada yang mengatakan perkongsian Anis dilihat tidak berilmu dan tidak ada ‘class’.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version