Pelakon, Emma Maembong menyorot perhatian warganet apabila baru-baru ini dia dilihat mengenakan semula hijab. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dilihat memakai baju serba putih dan mengayakan hijab. Difahamkan pelakon berusia 31 tahun itu sedang menghadiri ke sesi fotografi untuk mempromosikan hijab keluaran terbaharu sebuah jenama lokal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keayuan ibu kepada dua orang anak itu dan merindui penampilannya ketika memakai hijab suatu ketika dahulu. Dalam pada itu, mereka juga mendoakan agar pintu hati Emma kembali terbuka untuk memakai semula hijab dan dapat menutup aurat dengan sempurna. “Naik seri muka, serius.” MasyaAllah cantik ya amat! ” Rindunya Emma versi pakai tudung! Cantik sangat. ” Rindunya nak tengok Emma pakai tudung. Dia ni cantik gila kalau pakai tudung, aku selalu terikut cara dia pakai tudung dulu. “Semoga satu hari nanti Emma akan dibuka hati untuk berhijab semula. Amin.”
Untuk info, pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab pada tahun 2019 setelah hampir lima tahun memakainya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.