Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa memilih untuk ‘move on’ daripada kisah lama dan membuka lembaran baru. Menurut Neelofa, dia memilih untuk tidak lagi memanjangkan persengketaan dengan aktres dan penyanyi, Fazura. Bagaimanapun, pelakon berumur 34 tahun menekankan ruang pendamaian itu bukan bermaksud mereka akan berkawan rapat sebaliknya dia hanya ingin pandang ke depan dan melupakan konflik lama. “Diberi ruang dan peluang untuk berdamai, berbaik dan move forward daripada isu-isu lepas. Saya akan sambut dengan hati yang baik dan lapang. Insya-Allah.
Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama. Kita berdua pun dah ada keluarga dan anak-anak. Masing-masing nak letak ke belakang benda yang lama dan pandang ke depan. Bukan nak kata oh jadi bff dan sebagainya. Tidak.. Cukup sekadar membuka chapter yang baru.” Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berharap agar pemufakatan ini boleh memberi kebaikan terutama kepada peminat tegar kedua belah pihak dan warganet. “Moga dengan ini pengikut, peminat dan warganet di luar sana boleh ambil kebaikan daripada apa kita buat. Dan tinggalkan segala benda yang tidak baik.
Semalam (Khamis), Neelofa menyifatkan sudah tiba masa untuk meletakkan noktah pada kemelut berpanjangan membabitkannya dengan Fazura. Terdahulu, pergaduhan kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.