Pelawak dan usahawan, Shuib tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai dakwaan mengatakan syarikat yang diasaskannya, Bubble Bee culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi para pekerjanya. Ketika dihubungi, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, walau bagaimanapun dia akan berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu sebelum memberikan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan yang dikeluarkan tersebut.
“Saya tak nak komen apa-apa cuma buat masa sekarang saya dan pihak pengurusan Bubble Bee masih lagi dalam perbincangan mengenai dakwaan ini. Dan bagi menjawab soalan ini, apa yang saya boleh katakan ialah kami tidak boleh menidakkan benda yang betul dan kami juga tak boleh menidakkan benda yang salah. Insyaa-Allah bila saya dan pihak pengurusan dah bersedia untuk berikan jawapan dan keterangan, saya akan bagi.”
Terdahulu, tularnya satu hantaran dimuat naik seorang individu di TikTok yang mendakwa syarikat Bubble Bee yang diasaskan pelawak berusia 39 tahun itu tidak membayar caruman KWSP pekerjanya sejak dari awal tahun 2023. Bukan itu sahaja, individu tersebut turut mendakwa berlakunya kelewatan pembayaran gaji serta elaun kerja lebih masa pekerja Bubble Bee.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.