Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan tidak menjadi masalah untuk dia sekiranya ada segelintir peminat yang memanggilnya dengan panggilan ‘Tokti’ Menerusi video di TikTok Astro Awani, Siti bagaimanapun berkata panggilan ‘Tokti’ itu hendaklah digunakan pada situasi dan acara yang bersesuaian. Jelas Siti, sekiranya dia berada di acara yang formal, seeloknya nama sebenar diguna pakai. “Ikut kepada keadaan dan masa ketika bila mahu panggilan itu (Tokti) mahu digunakan. Ketika acara yang hanya saya bersama peminat sahaja, tiada masalah untuk mereka memanggil saya dengan panggilan Tokti.
Tapi ketika keadaan tertentu perlu sesuaikan dengan situasi tersebut.” Dalam video sama, pelantun lagu Purnama Merindu itu berkata dia tidak menghalang peminantnya menggunakan panggilan ‘Tokti’. “Kalau kata jangan panggil saya Tokti dan hanya boleh panggil Siti Nurhaliza, saya tak nak sampai begitu. Kalau ada acara formal perlu menyebut nama betul, Siti Nurhaliza. Terdahulu, segelintir peminat berpendapat tidak manis memanggil Siti dengan panggilan ‘Tokti’.
Malah, isu tersebut menjadi perdebatan antara peminat penyanyi berusia 44 tahun itu di platform X, baru-baru ini. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.