Sempat buat kek sebelum jalani penggambaran di luar kawasan, Mimi Lana dapat brownies dari Syafiq Kyle sempena hari jadi

SELEPAS tular video menikmati makan malam bersama di sebuah restoran baru-baru ini, pelakon Mimi Lana sekali lagi memberi bayangan hubungannya dengan Syafiq Kyle masih baik. Terbaharu, Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, berkongsi video menerima kek brownies daripada Syafiq sempena ulang tahun kelahirannya. Malah, pelakon drama Perempuan Itu turut mengucapkan terima kasih kepada Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, kerana sempat menyediakan kek berkenaan sebelum dia menjalani penggambaran di luar kawasan.

“Tapi saya pandai makan brownies. Terima kasih Syafiq gigih buatkan brownies sebelum shooting jauh-jauh. Tak sabar nak makan,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory. Dalam video itu, Mimi menunjukkan kek brownies yang diterima dalam kotak putih. Syafiq turut menulis ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran buat aktres berkenaan dan memberitahu dirinya tidak pandai membuat brownies. “Happy birthday yang ke-28. Tak pandai buat brownies tapi…,” tulisnya. Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Mimi dan Syafiq makan malam di sebuah restoran yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

Pada Ogos lalu, pengurus Mimi iaitu Iman Tang mengesahkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan berkenaan disebabkan mereka terikat dengan jadual penggambaran selain Mimi perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq. Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos lalu, sementara majlis resepsi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malam. Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial dan melangsungkan pertunangan pada Januari lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version