Muat naik gambar berdua dengan isteri, sekali ramai pula yang syak Watie hamil

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio sensasi, Shuib iaitu Watie Hanifiah didakwa kini sedang berbadan dua selepas video pendek memaparkan foto pasangan ini mendapat perhatian warganet. Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib dan Watie kelihatan memakai baju berwarna sedondon dan saling berpelukan. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah, Watie yang tampil mengenakan gaun panjang dan memegang sejambak bunga ros berwarna merah dilihat seakan-akan menutup bahagian perutnya. Klik sini untuk lihat video.

“Macam pregnant je Watie. “Nampak macam baby bump je. Doa baik-baik.“Ada good news ke tu? “Lagu membawa maksud indah,” komen warganet. Bagaimanapun, pasangan ini masih tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan tersebut. Terdahulu, pasangan ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani tinggalkan komen kepada menantunya itu untuk memberitahunya keputusan selepas pulang dari hospital swasta. “Nanti result update mama ye enja,” tulisnya.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version