Usahawan dan pelakon Wawa Zainal mendedahkan Raf Yaakob ada datang berjumpa dengannya bagi memaklumkan berita perpisahan dengan bekas isteri, Mawar Rashid. Ketika ditemui, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia terkejut dan berasa sedih ketika mendapat tahu berita tersebut. “Saya tidak jangka dia akan bercerai dengan Raf. Mereka adalah pasangan yang sangat serasi dan penyayang. Saya dan suami sangat-sangat terkejut dengan berita perpisahan Mawar. Raf ada maklumkan kepada saya dan suami sebelum semua orang tahu, saya sedih bila dapat tahu dari dia.”
Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd yang berlangsung di Putrajaya, pada Rabu. Dalam pada itu, isteri kepada aktor Aeril Zafrel itu berkata dia mendoakan semoga ada sinar untuk Mawar dan Raf kembali bersatu. “Apa pun mungkin itu adalah keputusan terbaik yang diambil oleh mereka, harap mereka akan kembali bersama. Doakan semoga ada sinar untuk mereka berdua kembali bersama.” Sementara itu, Wawa memaklumkan dia dan suami masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Mawar dan Raf.
“Selepas berpisah masih tak sempat berjumpa dengan mereka. Tapi sebelum berpisah itu ada jumpa. Saya rasa mereka memerlukan ruang dan masa untuk bertenang. Doa saya sentiasa mengiringi mereka.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.