Terlibat dengan kejadian tak diingini, Alif Satar akui tetap teruskan misi geng subuh dan acara larian lepas solat berjemaah

KECEDERAAN ringan dialami akibat kejadian tak diingini tidak mematahkan semangat penyanyi dan pelakon Alif Satar untuk meneruskan misi Geng Subuh Macam Jumaat pada 1 Januari nanti. Kata Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 33, kejadian yang menimpanya itu hanyalah satu dugaan kecil dan dia hanya perlu berehat sebelum menjelang tarikh berkenaan. “Dugaan kecil sahaja. Perjuangan belum selesai. Insya-Allah dengan rehat cukup masih boleh berjemaah Subuh bersama pada 1 Januari 2024,” katanya.

Alif berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya pada Sabtu. Dia turut memaklumkan keadaan dirinya dalam keadaan baik tanpa mengalami sebarang kecederaan serius selepas melakukan pemeriksaan doktor. “Sudah buat pemeriksaan doktor dan semuanya selamat, tiada patah. Masa jatuh kepala sakit dan pening, takut juga ada yang serius tetapi doktor beritahu tiada simptom pendrhn dalaman. “Cuma badan sakit-sakit… semoga buat penghapus dosa. Allah uji sikit sahaja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan,” ujarnya.

Pada Jumaat, Alif terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya yang terletak di Hartamas, Kuala Lumpur. Kejadian berlaku di Jalan Sri Hartamas sekitar pukul 4.20 petang. Alif yang menunggang motosikal ketika itu hilang kawalan apabila sebuah kereta yang secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri. Disebabkan ingin mengelak kenderaan berkenaan, Alif melnggr bahu jalan dan terjatuh. Sementara itu program Geng Subuh Macam Jumaat merupakan satu inisiatif Alif sendiri untuk mengajak lebih ramai peminat beragama Islam sama-sama hadir ke masjid menunaikan solat berjemaah.

Pada 1 Januari nanti, dia juga akan mengadakan acara larian selepas solat berjemaah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version