Pempengaruh dan juga usahawan, Alif Tegaa mengakui belajar banyak perkara sepanjang bergelar seorang suami dan menyatakan yang isteri pertamanya, Aisyah Hijanah tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan baik. Kenyataan tersebut dibuat susulan posting Aisyah di media sosial yang memaklumkan suaminya telah bersetuju memindahkan 100% harta sepencarian ke atas namanya. Menurut Alif atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif bin Mohd Hazani, 29, dia telah bersetuju menyerahkan segala aset dan harta sepancarian sepanjang berkahwin dengan Aisyah termasuklah syarikat, rumah serta kereta kepada isteri tersayang.
Dia juga akan sedaya upaya membantu isteri pertamanya itu untuk memajukan syarikat yang diusahakan supaya wanita berkenaan dapat meneraju syarikat terbabit dengan sebaiknya di masa akan datang. Di akhir perkongsian tersebut, influencer berkenaan berharap agar orang ramai dapat mendoakannya memandangkan semua yang telah berlaku telah mengajar banyak perkara. Terdahulu, Aisyah Hijanah telah memaklumkan yang semua harta sepencarian telah diletakkan dibawah namanya. Tindakan tersebut bukan bermakna dia tamak atau gilakan harta, tetapi lebih kepada menjamin masa depan bersama anak-anak.
Untuk rekod, kontroversi melibatkan pasangan pempengaruh berkenaan menjadi perdebatan ramai selepas Alif mengumumkan bahawa dirinya telah berkahwin lain dengan seorang wanita. Hal tersebut menjadi kecoh apabila ramai yang bersimpati dengan Aisyah memandangkan pasangan tersebut dilihat cukup romantis sejak mendirikan rumah tangga sekitar enam tahun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.