Kemelut antara pelakon Shakilla Khoriri dengan bekas suami yang juga merupakan penyampai radio, Fizi Ali nampak gayanya masih belum menemui titik penyelesaian. Memetik laporan BH Online, Shakilla menafikan dakwaan dia sengaja memisahkan Fizi dengan anak tunggal mereka, Ameena Sofia. “Saya malas nak ulas benda-benda murahan macam ini. Biarlah orang yang sepatutnya uruskan. Kalau betul saya tak bagi jumpa Ameena, dua tahun lepas saya sudah melakukannya, bukan sekarang.”
Aktres berumur 34 tahun turut mengakui dia telah menyekat nombor Fizi di aplikasi WhatsApp. Katanya, dia enggan berurusan mengenai anak dengan orang ketiga. “Ada sebab kenapa saya sekat Fizi daripada WhatsApp, soalan itu kena tanya pada Fizi sendiri. Lagipun, saya tak berminat nak berurusan soal anak dengan orang ketiga. Dia pun tidak ada hubungan komunikasi baik dengan saya, jadi kenapa perlu buang masa layan drama murahan. Saya ibu kandung Ameena, jadi kesihatan mentalnya lebih menjadi keutamaan saya.”
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri menyatakan ada banyak jalan dan usaha yang boleh digunakan Fizi sekiranya mahu berjumpa anak. “Bagaimanapun, Fizi memilih jalan penyelesaian dalam media sosial dengan mengharapkan doa orang ramai yang tidak tahu kemelut sebenar. Jadi, tidak mengapalah, biarlah dia.” Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa terkilan tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi. Kemudian, bekas peserta Pilih Kasih musim kedua menyatakan Shakilla Khoriri telah menyekat nombornya kerana sudah tidak boleh dihubungi.
Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Shakilla pada 18 Februari 2018 namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 4. Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.