Muat naik video anak, ramai yang kagum dengan anak Betty Rahmad pandai laungkan Azan pada usia 4 tahun

Baru-baru ini, video yang dimuat naik pelakon dan juga usahawan Betty Rahmad telah mencuri perhatian warganet dan juga rakan selebriti. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, dapat dilihat anak lelaki Betty, Ardy Wira sedang melaungkan azan dengan lancar buat pertama kalinya. Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah Ardy Wira atau lebih dikenali Wira baru saja berusia empat tahun 10 bulan. Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Betty turut meluahkan rasa syukur kepada Allah atas pencapaian Wira ini. “MasyaAllah Tabarakallah. Segala puji bagi Allah SWT, azan pertama Wira.” Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap yang ditonjolkan Wira dan bangga dengan pencapaiannya yang mampu melaungkan azan walaupun baru berusia empat tahun. Berdasarkan pemerhatian rakan selebriti juga turut memuji laungan azan tersebut dan menyifatkan Wira sebagai anak yang soleh. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version