Primadona Malaysia, Erra Fazira dikhabarkan telah berkahwin bersama jejaka ahli politik berasal dari Perak yang pernah digosipkan sebelum ini sekitar tahun 2021 lalu. Memetik laporan Utusan Malaysia, hubungan Erra dan jejaka tersebut kembali hangat di media sosial selepas rakan selebriti mendedahkan aktres filem popular Sembilu ini mempunyai foto pernikahan di kediamannnya. Kata rakan industri itu, jejaka yang berdiri disamping Erra dalam foto berkenaan itu dikhabarkan adalah lelaki sama yang digosipkan itu.
Bagaimanapun, sebelum ini Erra dan jejaka ahli politik berkenaan pernah menafikan dakwaan mereka berkahwin. Ketika artikel ini ditulis, masih tiada sebarang respons mengenai gosip sudah berkahwin ini daripada pihak Erra sendiri. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.