PELAKON Azlan Komeng meluahkan rasa syukur apabila lafaz talak yang dilakukan terhadap isteri iaitu Nur Nilam Ortiz tidak sah disisi undang-undang syariah. Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 47, berkata dia tidak berniat semasa melafazkan perpisahan tersebut memandangkan keadaan isterinya ketika itu tertekan kerana terlalu memikirkan mengenai kewujudan orang ketiga. “Alhamdulillah kami masih lagi suami isteri… perkara itu berlaku tanpa niat cuma ada salah faham terhadap perkataan. Saya tak lafazkan dengan ayat yang nyata.
“Saya pun memang tak berniat, saya kasihan lihat keadaan isteri saya ketika itu,” katanya ketika ditemui pada petang Khamis. Menurut Azlan, individu yang disebut orang ketiga oleh Nur Nilam itu telah wujud lama sebelum dia berkahwin dengan isterinya. Kata Azlan, dia percaya individu berkenaan mempunyai niat untuk menjatuhkan dirinya memandangkan dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan orang baharu selepas berkahwin.
“Ramai yang tidak tahu cerita sebenar… isu yang masih berlaku bukan kerana saya masih ada hubungan dengan orang lain tapi ia kisah lama yang datang semula. “Mereka ada komplot mahu merosakkan rumah tangga saya tapi mereka tidak berdepan dengan saya dan srng orang rumah,” katanya lagi. Sementara itu, Nur Nilam pula berkata dia sudah bersedia untuk mengheret individu yang menganggu rumah tangga mereka ke mahkamah.
Nilam, 45, berkata dia dan suami sudah lama bersabar sehingga mendatangkan tekanan terhadap rumah tangga mereka. “Saya masih menerima gangguan, video tak elok masih ada gambar perbualan dan macam-macam. Saya sebenarnya telah ambil tindakan undang-undang hanya tunggu masa kumpul bukti dan heret ke mahkamah. “Isu ini timbul sebab PP (pelcr peribadi) benda ini dah lama ganggu dalam dua tahun juga, dengan sihir dan sebagainya.
“Saya manusia biasa mana boleh tahan, malam semalam kami bergdh besar dan abang (Azlan) terlafaz,” ujarnya. Sebelum ini, Nilam mengesahkan dia sudah bercerai dengan aktor berkenaan pada pagi Khamis. Tidak menyatakan secara jelas mengenai perceraian mereka itu bagaimanapun memberitahu bakal hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis bagi membuat pengesahan lafaz cerai. Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.