Isteri kini hamil ank kedua, Datuk Awie dedah bakal timang anak ketujuh pada usia 55 tahun

Penyanyi popular, Datuk Awie mengesahkan isterinya, Sharifah Ladyana kini sedang hamil anak kedua mereka selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Memetik Kosmo, Awie berkata dia mengakui malu untuk berkongsikan berita kehamilan isterinya itu apatah lagi faktor usianya sudah pun mencecah 55 tahun. “Segan nak cakap sebab saya pun bukan muda lagi. Tapi apa-apa pun, alhamdulillah saya anggap kehamilan isteri ini sebagai satu rezeki dan menyambutnya dengan baik. Mungkin kehamilan ini juga menjadi hadiah hari jadi saya yang disambut semalam (24 November lalu),” katanya.

Menurut Awie lagi, kandungan isterinya masih berada di peringkat awam untuk dihebahkan serta berharap urusan kehamilan isteri itu dipermudahkan. “Masih lagi awal (kehamilan). Apa yang saya boleh harapkan, agar isteri dan kandungannya sihat-sihat sahaja. Doakan semoga semuanya dipermudahkan. Selagi Allah SWT izinkan, insya-Allah,” katanya. Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung pada 2020.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 22, dan Puteri Aleefa Antasha, 20. Awie kemudian bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006. Kasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,14, Putra Ahmad Rezzki, 13; dan Puteri Qasseh Antasha, 11.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version