Dinobatkan sebagai juara Famili Duo musim ketiga, Sharif dan Syaiful Zero rancang untuk luaskan bakat dalam bidang nyanyian

Juara Famili Duo musim ketiga iaitu Sharif dan Saiful Zero merancang untuk meluaskan bakat mereka ke bidang nyanyian. Ketika ditemui, pelawak dua beradik itu memaklumkan bahawa mereka akan memandang serius ke bidang nyanyian pula memandangkan ramai peminat yang suka melihat mereka bernyanyi dan membuat persembahan di atas pentas. “Apa yang kami lihat beberapa minggu lepas semasa di Famili Duo, saya nampak kami boleh hiburkan orang dalam nyanyian. Jadi, mengapa tidak kalau kami ambil benda ini (nyanyian) secara serius.

Perancangan saya selepas ini kena teruskan menyanyi sebab peminat ada yang suka kami menyanyi selain melawak. Mungkin selepas ini kami akan keluar dengan band. Kita tidak tahu.” Tambah duo adik-beradik itu lagi, mereka sudah merakam satu lagu baharu hasil kerjasama Ajai sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) lagi namun belum dilancarkan memandangkan video muzik belum sempat dilakukan kerana jadual kerja yang padat.

Apabila ditanya mengenai kemenangan mereka pada final Famili Duo, Sharif dan Saiful akui mereka langsung tidak menjangkakan kemenangan tersebut kerana saingan sangat sengit. “Alhamdulillah, sebenarnya kami tak menjangka kemenangan kami pada malam ini (semalam). Sebab masa rehearsal, semua peserta memang all out. Pada malam final, kami cuma berharap nak berseronok dan dapat menghiburkan. Apa yang penting, apa yang kami persembahkan pada malam final sampai ke penonton. Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan.

Malam final Famili Duo menjadi satu sejarah bagi kami. Sebelum ini semua tengok kami di pentas lawak tapi kali ini, orang terima kami di pentas nyanyian. Kami sangat sebak, masa persembahan tadi penonton termasuk juri berdiri bagi standing ovation.” Pelawak yang berasal dari Sabah itu akui tidak terlintas langsung di hati mereka untuk mengalahkan penyanyi seperti Haqiem dan Adira malah tahap nyayian mereka jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bakat peserta lain.

“Tak ada istilah saya mengalahkan penyanyi seperti Haqiem dan Adira, sebab kita semua tahu mereka adalah penyanyi yang hebat. Tapi mungkin kami dapat dari segi menambat hati penonton di studio, pengundi. Kalau nak cakap kami mengalahkan mereka, jauh sekali. Tahap nyanyian kami dan mereka sangat berbeza. Niat nak bertanding tak ada, memang nak berhibur.” Sekadar info, Sharif dan Syaiful dinobat sebagai juara Famili Duo musim ketiga dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai sebanyak RM100,000.

Pasangan tersebut mendapat markah keseluruhan sebanyak 81 peratus sekali gus menewaskan duo Adira dan Emma Suhaimi yang memperoleh 60.6 peratus serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran sebanyak 58.3 peratus. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version