Desas desus mengenai Bunga Citra Lestari yang dikatakan bakal berkahwin baharu dalam masa terdekat dilihat menjadi semakin hangat. Biarpun ada pihak terdekat sudah mengesahkannya, tuan empunya badan masih belum bersuara mengenai hal ini. Namun, gossip mengenai dirinya bakal berkahwin dengan anak jiran tetangga itu makin dapat dihidu apabila Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilan BCL kini sudah menukar nama, dimana gelaran Sinclair sempena nama arwah suaminya Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 3 tahun lepas kini telah dipadamkan di Instagram.
Nama yang sebelum ini bclsinclair berubah menjadi itsmebcl dan sekaligus ia mengundang pelbagai reaksi peminat dan rata-ratanya memberikan sokongan moral buat BCL bersama pasangan baharu. Untuk rujukan, BCL digosipkan bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Tiko Wardhana yang juga seorang duda. Mereka dikatakan bakal disatukan pada 2 Disember inidis ebuah hotal di hotel di Bali, Indonesia. Khabar angin ini bermula daripada seorang petugas di pejabat agama.
Bahkan, Ketua Rukun Tetangga dan Ketua Kantor Urusan Agama (KUA) Jakarta, Daud Damsik telah mengesahkan perkara ini. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.