Pelakon dan pengacara jelita, Scha Al-Yahya mendedahkan dirinya begitu tegas dalam menitikberatkan soal pembelajaran anaknya, Lara Alana. Namun begitu, Scha memaklumkan bahawa dia pernah terfikir adakah dia terlalu berkeras terhadap Lara dalam bidang pelajaran. Ketika ditemui, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya berkata, dia mula terdetik sebegitu selepas Lara pernah menangis sehinggakan tidak mahu pulang ke rumah kerana takut untuk menunjukkan keputusan peperiksaannya kepada aktres berkenaan.
“Saya sentiasa mengambil berat mengenai akademik Lara tapi kadang-kadang tu saya rasa macam, ‘Adakah saya terlalu berkeras dengan dia?’ Pernah sekali dia takut nak balik rumah dan menangis sebab dia kata dia takut untuk tunjuk keputusan peperiksaan dia pada saya. Benda itu buatkan saya terfikir kenapa dia sampai takut begitu kan? Nak kata saya terlalu garang dengan dia itu tidaklah. Saya ni memang garang tapi tak adalah sampai nak mendera tu, tidaklah.
Tapi saya rasa Lara jadi begitu mungkin sebab saya ini selalu duduk dengan dia untuk pastikan setiap perkara yang berkaitan dengan akademik dia teratur dan dalam keadaan yang sepatutnya.” Scha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada pelancaran produk Glade Essences Elite yang berlangsung di The Swimming Club, The Kuala Lumpur Journal Hotel pada petang Khamis. Dalam pada itu, pelakon filem ‘Histeria’ tersebut memaklumkan bahawa dia tidak akan mengatur cita-cita Lara namun akan sentiasa memberikan terbaik dalam pembelajarannya.
“Pada saya, saya nak dia fokus bab akademik ni. Lara nak jadi apa bila besar nanti itu terpulang pada dia, tapi selagi saya ada tanggungjawab untuk mendidik dia, saya akan buat sebaik mungkin. Dah habis sekolah nanti, ‘Girl you are on your own’. Apa sekali pun dia nak jadi nanti, dia boleh buat keputusan sendiri.” Untuk rekod, Scha telah mendirikan rumahtangga dengan Awal Ashari pada Mei 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.