Masih fikir tentang hukum hakam dalam agama, individu ini dedah pernah ditawarkan lebih RM35 ribu untuk iklankan syarikat jdi

Pempengaruh TikTok yang juga merupakan seorang peguam, Tun Laila Tun Rafaee membuat pendedahan bahawa dirinya pernah ditawar sebanyak 8,000 USD (RM37,248.00) oleh sebuah syarikat judi. Pendedahan itu dibuat Tun Laila sewaktu menjadi tetamu bagi satu sesi podcast ‘Borak Kerjaya’ yang dianjurkan oleh YEG Academy. Menerusi potongan video sesi podcast tersebut, Tun Laila mendedahkan bahawa bayaran yang ditawarkan itu memperuntukkannya untuk menguar-uarkan mengenai syarikat judi berkenaan kepada warmagaya media sosial. Klik sini untuk lihat video.

“Pernah sekali itu, satu syarikat judi ini menawarkan saya sebanyak 8,000 usd untuk uar-uarkan mengenai mengenai sindiket judi atas talian melalui media sosial. Senang cerita, pihak mereka nak saya mempromosikan serta mengiklankan jdi kepada orang di luar sana tetapi saya tak ingat dah syarikat mana. Saya buat sedikit carian dan ia memang syarikat judi. Kalau saya ‘convert’ kan kepada duit Ringgit Malaysia (RM), nilai dia tu lebih RM35,000.”

Tambah Tun Laila, sekiranya memikirkan keadaan yang terdesak pada ketika itu kemungkinan dia akan menerima tawaran tersebut namun, dia mempunyai prinsip dan maruah sebagai seorang yang bergelar muslim. ” Kalau saya desperate dan bukan seorang peguam ketika itu mungkin saya akan terima sebab banyak nilai tu bila kita dah ‘convert’ kan. Untuk pengetahuan, nilai yang ditawarkan itu adalah untuk satu video sahaja. Tapi, Alhamdulillah saya tak terima tawaran itu sebab saya ada prinsip. Kalau saya terima memang saya akan kaya dan boleh beli kereta mewah dan sebagainya.”

Tapi value saya sebagai seorang muslim akan turun dan ia sudah tentunya akan melawan prinsip saya. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji tindakan Tun Laila yang tidak menerima habuan sebesar itu dan masih memikirkan tentang hukum hakam dalam agama. Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 900,000 tontonan dan lebih 64,000 tanda suka.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version