Walaupun usia menjangkau 50 pada tahun ni, Datuk Syafinaz akui lebih selesa hidup menyendiri

Menjangkau usia 50 pada tahun ini, penyanyi Datuk Syafinaz Selamat berkata dia lebih selesa hidup menyendiri kerana kehidupannya sibuk dengan kerja. Memetik Harian Metro, Syafinaz berkata kehidupan padat dengan pelbagai aktiviti seni sehingga ada masanya balik lewat malam. “Saya rasa selesa dan rasa lebih mudah. Cuba bayangkan, kehidupan saya banyak berkisarkan kerja saya dan kadang-kadang balik malam. Mungkin ada yang tak percaya bila orang tanya fasal kehidupan saya, saya jawab sibuk.

“Kadang-kadang orang tak faham kerja saya. Latihan saya bersama koir biasanya waktu malam. Habis latihan sekitar 10.30 malam. Selepas itu ada perbincangan dengan beberapa pihak lain. “Saya tak bekerja setiap hari, tapi kebanyakannya waktu malam. Bila habis jam 1 atau 2 pagi itu perkara biasa buat saya. Jadi kalau orang tak biasa memang susah,” katanya. Menurut Syafinaz, apabila sudah bergelar isteri seorang wanita itu mempunyai komitmen untuk rumah tangga dan tidak boleh melakukan sesuka hati.

“Setakat ini otak saya memang fikir kerja. Jadi saya rasa hidup saya selesa. Saya ada tanggungjawab untuk diri sendiri, boleh pergi ke mana saja dan buat apa saja nak. Tak perlu minta kebenaran sesiapa Kalau ada (jodoh), adalah. Kalau tiada saya okey. Kena ingat sebagai wanita muslim bila berkahwin kena ada tanggungjawab. Tak boleh berbuat sesuka hati. “Apapun emak saya okey tak pernah cakap apa. Kakak-kakak saya dulu ada yang cakap, tapi sekarang mereka pun faham cara kerja saya,” katanya.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version