Sejak berpisah dengan pengarah serta pelakon terkenal Syamsul Yusof, segala perbuatan Puteri Sarah menjadi perhatian warganet. Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan Puteri Sarah menangis ketika sedang membuat live di TikTok sehingga ‘berlabuh’ di bahu pelakon Indonesia, Andi Arsyil. Klip yang tular itu memaparkan Puteri Sarah sedang menangis sambil Andi memujuknya untuk sentiasa kuat dan berpesan agar dia memaafkan komen-komen ‘pedas’ daripada penonton live tersebut. Klik sini untuk lihat video.
“Ya maafin mereka udah, its okay. Okay, terima kasih atas perhatian kalian, kami menghargai kalian. Doakan semuanya menjadi sukses,” katanya. Perkongsian @hannankhaira_ di TikTok itu menjadi perhatian ramai, meskipun ruangan komen ditutup namun tontonan klip tersebut mencapai lebih 5 juta tontonan. Pun begitu, dalam video yang lain, difahamkan Puteri Sarah terkesan dengan komen yang ditinggalkan oleh warganet sebelum Andi memujinya yang kini sedang berjuang demi melangsungkan kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal.
Dalam pada itu, ramai warganet yang seakan menyokong kenyataan Andi serta mendoakan agar Puteri Sarah sentiasa kuat dalam menjalani hidup. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.