Selebriti, Sabri Yunus kongsi video isteri sebak sewaktu berdoa di dalam hadapan Kaabah dengan kapsyen “air matamu, air mataku jua” merujuk kepada Ardini Angeline Tan telah mencuri perhatian ramai. Perkongsian tersebut dibuat oleh pengarah terkenal itu di aplikasi TikTok dengan memaklumkan yang video terbabit diambil selepas melakukan tawaf. Pastinya muat naik berkenaan telah dihujani dengan pelbagai komen positif apabila ramai akui sebak melihat percaturan Allah yang cukup baik buat pasangan berkenaan. Klik sini untuk lihat video.
Rata-rata warganet turut mendoakan agar mereka mendapat umrah yang mabrur dan berharap suatu hari nanti dapat merasai beribadah bersama pasangan di Tanah Suci. Pasangan selebriti berkenaan dilihat tak lokek memuat naik beberapa hantaran di media sosial menzahirkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk mengerjakan ibadah bersama-sama. Posting yang mereka kongsikan jelas terlihat kebahagiaan yang dirasai dalam menunaikan ibadah bersama-sama selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, pasangan ini dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza pada 14 Oktober lalu. Mereka mula berkenalan semasa menjayakan sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1992. Mereka telah mendapat tawaran mengerjakan umrah oleh seorang individu pesara tentera dikenali Mejar Wahab, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan sekarang mempunyai agensi umrah sendiri.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.